Visi, Misi, Objektif

VISI

Membangunkan koleksi berkualiti serta memberi perkhidmatan dan kemudahan yang efisyen, sistematik, dan mesra pelanggan.

MISI

Sebagai pemangkin ke arah proses pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan melalui teknologi terkini bagi melahirkan tenaga kerja separa profesional.

OBJEKTIF

Mengesan, mengumpul, menyimpan, mengurus, menyedia, dan menyebarkan sumber yang bersesuaian, berkualiti, dan terkini dalam semua program anjuran Politeknik.

Memberi perkhidmatan perpustakaan yang cemerlang bersesuaian dengan perkembangan teknologi maklumat.
Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi memupuk minat dan membudayakan ilmu.
Membantu melahirkan tenaga separa profesional yang kreatif dan berdaya saing serta mempunyai sahsiah diri yang tinggi.

FALSAFAH

Prasarana berilmu sejajar teknologi terkini.

DASAR PERPUSTAKAAN

Perpustakaan Politeknik adalah komited untuk menyediakan koleksi yang berkualiti serta perkhidmatan yang efisyen dan berhemah bagi memenuhi kehendak pelanggan sejajar dengan visi, misi, dan objektif Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

STRATEGI PERLAKSANAAN

Memantapkan tenaga kerja perpustakaan yang kompeten dan berdaya maju.
Memastikan keperluan dan kehendak pelanggan dipenuhi.
Menyediakan koleksi dan perkhidmatan yang berkualiti.
Mendukung proses pengajaran dan pembelajaran seiring dengan visi, misi, dan objektif Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

×