Mengenai Kelab

Kelab Wanderers adalah merupakan kelab dibawah kelolaan Perpustakaan Seri Kenyalang Politeknik Kuching Sarawak. Kelab ini telah ditubuhkan pada tahun 2016 dimana pada mulanya, ia merupakan gerakan sukarelawan yang terdiri daripada 10 orang pelajar dari pelbagai jabatan, sama – sama membantu memeriahkan lagi Perpustakaan Seri kenyalang ini. Selang beberapa tahun kemudian, gerakan sukarelawan ini dinaiktaraf menjadi kelab yang berdaftar di bawah naungan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Kuching Sarawak. Kini, seramai 45 orang pelajar dari pelbagai jabatan sedang bergiat aktif dalam Kelab Wanderers ini.

Senarai nama pengerusi Kelab Wanderers bermula pada tahun 2016 sehingga kini :

Nur Shahera binti Abu Bakar (2016 – 2018)

Matthias Kugak anak Micheal Pojan (2018 – 2020)

Mira Debra (2020 – 2022)

Muhammad Nur Ishanuddin Bin Nurzinuldin (2022 – sekarang)

×