Sudut Multimedia

Sudut Multimedia juga turut disediakan kepada para pengguna Perpustakaan Politeknik Kuching di Aras 1 bangunan perpustakaan. Dengan adanya kemudahan yang terdapat di Sudut Multimedia seperti Komputer dan Wi-Fi, ia sekaligus dapat membantu memudahkan pengguna melaksanakan segala tugasan dan mencari bahan – bahan yang dikehendaki secara atas talian.


Panduan dan Peraturan Penggunaan Sudut Multimedia :

  1. Tempoh masa penggunaan adalah selama 1 jam. Perlanjutan tempoh dibenarkan sekiranya tiada tempahan dari pengguna lain.
  2. Semasa pendaftaran, sila serahkan kad Pelajar/Pensyarah/Staf kepada staf yang bertugas di Kaunter Pinjaman untuk pengambilan tetikus atau “mouse”.
  3. Pengguna dilarang makan dan minum semasa berada di Sudut Multimedia.
  4. Sila susun kerusi selepas digunakan.
  5. Pastikan meja dalam keadaan bersih dan segala barang persendirian dibawa keluar.
  6. Sila kembalikan tetikus atau “mouse” di Kaunter Pinjaman selepas digunakan.
  7. Pihak perpustakaan Politeknik Kuching berhak membatalkan penggunaan komputer jika disalahgunakan.