Pinjaman Antara Perpustakaan (ILL)

Perkhidmatan Pinjaman antara Perpustakaan atau lebih dikenali sebagai Interlibrary Loan (ILL) juga turut disediakan di Perpustakaan Politeknik Kuching. Pinjaman antara Perpustakaan dapat membantu pengguna perpustakaan untuk mencari bahan – bahan yang dikehendaki dengan mendapatkan bahan – bahan tersebut daripada perpustakaan lain.


Syarat Permohonan Pinjaman antara Perpustakaan (ILL) :

  1. Bahan – bahan yang dipohon tiada dalam Perpustakaan Politeknik Kuching.
  2. Permohonan mestilah dilakukan secara atas talian “Borang Interlibrary Loan“.
  3. Pemohon dikehendaki mengisi borang permohonan dengan lengkap untuk memudahkan pencarian.