Bilik Perbincangan

Perpustakaan Politeknik Kuching juga turut menyediakan kemudahan kepada para pengguna seperti bilik – bilik perbincangan. Lokasi bilik perbincangan di perpustakaan ini adalah di Aras 1 bangunan dan ia mempunyai 5 buah bilik perbincangan.


Peraturan dan Panduan Penggunaan Bilik Perbincangan yang Disediakan :

  1. Tempoh masa penggunaan bilik perbincangan adalah 1 jam. Permohonan lanjutan tempoh dibenarkan sekiranya tiada tempahan dari pengguna lain.
  2. Permohonan masa penggunaan bilik selama 2 jam ke atas mestilah dilakukan sehari sebelum hari penggunaan.
  3. Permohonan dari pihak Pensyarah/Staf mestilah dilakukan sehari sebelum hari penggunaan.
  4. Penggunan bilik perbincangan ini adalah untuk perbincangan akademik secara berkumpulan sahaja (Minimum 3 orang dan Maksimum 6 orang.)
  5. Semasa pendaftaran, sila serahkan kad Pelajar/Pensyarah/Staf kepada staf yang bertugas di Kaunter Pinjaman. Sila tuntut kembali selepas penggunaan.
  6. Pengguna hendaklah bertanggungjawab diatas kebersihan dan keselamatan semasa menggunakan bilik perbincangan.
  7. Pengguna tidak dibenarkan berbincang terlalu kuat sehingga mengganggu pengunjung lain.
  8. Pengguna dilarang makan dan minum di dalam bilik perbincangan.
  9. Sila susun kembali meja dan kerusi selepas digunakan.
  10. Pastikan bilik dalam keadaan bersih dan segala barang persendirian dibawa keluar.
  11. Pihak perpustakaan berhak membatalkan penggunaan bilik perbincangan jika disalahgunakan.

Sebarang pertanyaan, sila berurusan dengan STAF YANG BERTUGAS di KAUNTER PINJAMAN.