Piagam Pelanggan

Kami beriltizam dan berjanji akan : –

  1. Memberi perkhidmatan peminjaman, pemulangan, dan pembaharuan koleksi dalam tempoh satu (1) minit.
  2. Memastikan perolehan koleksi yang berkualiti dan terkini mengikut kadar peruntukan yang diluluskan.
  3. Memberikan perkhidmatan yang cekap, tepat, dan mesra untuk memenuhi kehendak pelanggan.
  4. Memastikan susun atur kelengkapan dan kekemasan koleksi yang sistematik bagi memudahkan dapatan kembali.
  5. Dalam melaksanakan tugas ini, kami bersedia menerima cadangan dan maklum balas serta teguran bagi memastikan kepuasan pelanggan.
×