Laman Utama Informasi Perkhidmatan

 

1. Pencarian bahan melalui Katalog Atas Talian (OPAC)

Terminal untuk pencarian disediakan bagi kemudahan semua pengguna di setiap aras perpustakaan. Akses bahan perpustakaan juga boleh dilakukan di mana sahaja melalui OPAC dengan melayari http://lms.poliku.edu.my/Angka.sa2/poliku/OpacBasicSearch.htm

 

2. Pinjaman Dan Pemulangan

Pengguna yang telah mendaftar ahli perpustakaan layak meminjam bahan-bahan daripada koleksi-koleksi yang telah ditentukan untuk pinjaman. Peminjam dikehendaki memulangkan bahan yang dipinjam sebelum pada tarikh pemulangan. Denda akan dikenakan bagi bahan yang lewat dipulangkan.

 

3. Tempahan

Tempahan bahan boleh dilakukan secara talian melalui OPAC untuk bahan yang sedang dipinjam oleh pengguna lain. Bahan yang ditempah akan disimpan dan diberikan kepada pengguna lain atau di susun kembali di rak sekiranya tidak dituntut.

 

4. Internet@Sumber Media

Sudut ini memuatkan komputer untuk akses internet dan juga menyediakan kemudahan untuk mengakses bahan audio visual dan cd kepada pengguna. Penggunaan komputer adalah percuma dan tempoh masa penggunaan ialah 30 minit untuk setiap pengguna.

 

5. Rujukan Dan Pencarian Maklumat

Perkhidmatan ini disediakan di kaunter rujukan/pinjaman. Khidmat ini disediakan bagi membantu pengguna mengatasi masalah menggunakan perpustakaan. Antara lain khidmat ini dapat memberi panduan pencarian bahan dan maklumat, menggunakan kemudahan serta pandu arah di dalam perpustakaan. Pengguna juga boleh membuat pertanyaan melalui telefon, email atau surat. Pengguna juga boleh merujuk jadual pengkelasan buku di setiap sisi rak.

 

6. Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP)  

Pekhidmatan ini terbuka kepada kakitangan Politeknik Kuching Sarawak sahaja. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi BORANG PERMOHONAN SPP secara atas talian. Perkhidmatan ini tertakluk kepada perpustakaan pemunya bahan.

 

7. Digital Repositori

Khazanah milik PKS seperti buku laporan tahunan, prospektus, buku konvokesyen, penyelidikan dan sebagai telah disimpan secara sistematik melalui Dspace http://dspace.poliku.edu.my/xmlui. Akses kepada bahan berkenaan akan menjadi lebih mudah dan pantas.

 

 

 
 
Bilangan Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini23
mod_vvisit_counterMinggu Ini446
mod_vvisit_counterBulan Ini1121
mod_vvisit_counterKeseluruhan262630

Today: Dec 15, 2017