15
Nov
2024
MAJLIS MAKAN MALAM DAN APREASIASI KELAB WANDERERS 2024
Perpustakaan Seri Kenyalang telah mengadakan Majlis Makan Malam dan Apresiasi Kelab Wanderers 2024 sebagai menyantuni ahli – ahli wanderers yang telah memberi komitmen kepada kelab Wanderers. Majlis ini diraikan bersama staf Perpustakaan Seri Kenyalang. Pelbagai aktiviti diadakan diantaranya penyampaian sijil penghargaan kepada ahli wanderers yang bakal menjalankan latihan industri, pertunjukkan fesyen, pertandingan kuiz, menjawab teka-teki, pertandingan bertentang mata, pertandingan menarik air dalam gelas di atas tisu, cabutan bertuah serta jamuan makan malam.