Sudut Multimedia juga turut disediakan kepada para pengguna Perpustakaan Politeknik Kuching di Aras 1 bangunan perpustakaan. Dengan adanya kemudahan yang terdapat di Sudut Multimedia seperti Komputer dan Wi-Fi, ia sekaligus dapat membantu memudahkan pengguna melaksanakan segala tugasan dan mencari bahan – bahan yang dikehendaki secara atas talian.
Panduan dan Peraturan Penggunaan Sudut Multimedia :
- Tempoh masa penggunaan adalah selama 1 jam. Perlanjutan tempoh dibenarkan sekiranya tiada tempahan dari pengguna lain.
- Semasa pendaftaran, sila serahkan kad Pelajar/Pensyarah/Staf kepada staf yang bertugas di Kaunter Pinjaman untuk pengambilan tetikus atau “mouse”.
- Pengguna dilarang makan dan minum semasa berada di Sudut Multimedia.
- Sila susun kerusi selepas digunakan.
- Pastikan meja dalam keadaan bersih dan segala barang persendirian dibawa keluar.
- Sila kembalikan tetikus atau “mouse” di Kaunter Pinjaman selepas digunakan.
- Pihak perpustakaan Politeknik Kuching berhak membatalkan penggunaan komputer jika disalahgunakan.