Perkhidmatan Pinjaman antara Perpustakaan atau lebih dikenali sebagai Interlibrary Loan (ILL) juga turut disediakan di Perpustakaan Politeknik Kuching. Pinjaman antara Perpustakaan dapat membantu pengguna perpustakaan untuk mencari bahan – bahan yang dikehendaki dengan mendapatkan bahan – bahan tersebut daripada perpustakaan lain.
Syarat Permohonan Pinjaman antara Perpustakaan (ILL) :
- Bahan – bahan yang dipohon tiada dalam Perpustakaan Politeknik Kuching.
- Permohonan mestilah dilakukan secara atas talian “Borang Interlibrary Loan“.
- Pemohon dikehendaki mengisi borang permohonan dengan lengkap untuk memudahkan pencarian.