BERITA DAN AKTIVITI

25 Apr 2025

PROGRAM LEADING THROUGH CHANGE

25 April 2025 : Perpustakaan Seri Kenyalang dan Kelab Wanderers telah melaksanakan  program Leading Through Change bertempat di Retreat Resort Lundu pada 25 – 26 April 2025. Program ini membimbing pelajar lebih proaktif dan bersiap sedia menghadapi cabaran secara berpasukan. Aktiviti yang dijalankan sepanjang program mewujudkan hubungan positif dan memupuk rasa tanggungjawab didalam diri pelajar.  Diantara pengisian program adalah Pembentangan takwim kelab Wanderers oleh pengerusi kelab , Majlis Apresiasi bagi ahli yang bakal menjalankan latihan industri dan jamuan makan malam bersama staf (bbq). Program ini dihadiri oleh 28 orang pelajar dan diiringi oleh staf Perpustakaan Seri Kenyalang.

 

×