BERITA DAN AKTIVITI

28 Oct 2025

PROGRAM BULAN BAHASA KEBANGSAAN

28 Oktober 2025 : Bulan  Bahasa Kebangsaan diadakan bagi menghargai bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan negara. Diadakan setiap bulan Oktober dan pada peringkat institusi Perpustakaan Seri Kenyalang bersama dengan Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah menganjur Program Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat institusi pada 28 Oktober 2025.Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk menyemai rasa cinta kepada bahasa kebangsaan serta meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan menggunakan bahasa kebangsaan yang betul. Pelbagai aktiviti telah diadakan iaitu ceramah “Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa” bersama dengan penceramah dari Dewan Bahasa Dan Pustaka Puan Dayang Norazan Kartini Awg. Zain (Editor Kamus Bahasa Sarawak), program pameran dan jualan buku Dewan Bahasa Dan Pustaka negeri Sarawak serta pertandingan Jejak Bahasa. Program ini dirasmi oleh Encik Maxwell March Joseph ketua Jabatan Pengajian Am .