20
Apr
2026
BENGKEL PEMANTAPAN DAN MAJLIS APREASIASI KELAB WANDERERS
17 April 2026: Perpustakaan Seri Kenyalang bersama Kelab Wanderers telah melaksanakan Bengkel Pemantapan Dan Majlis Apresiasi Kelab Wanderers bertempat di Bukit Sematan Resort – Brinsak pada 17-18 April 2026. Bengkel ini menekankan semangat kerjasama berpasukan , komunikasi dan keyakinan diri pelajar dengan melaksanakan aktiviti seperti ice breaking, hiking, aktiviti berkumpulan serta sukaneka. Bagi menghargai ahli kelab wanderers yang telah memberi komitmen dan kerjasama di dalam melancarkan perkhidmatan Perpustakaan, majlis apresiasi turut diadakan. Bengkel ini dihadiri seramai 29 pelajar dan 7 orang staf Perpustakaan diketuai oleh ketua unit Perpustakaan Encik Zaidi Bin Abdul Rahman.













