PROGRAM JOM BACA 2026
21 April 2026 : Perpustakaan Seri Kenyalang telah melaksanakan Program Jom Baca 2026 peringkat institusi pada 21 April 2026 bertempat di Perpustakaan Seri Kenyalang. Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut diantaranya pertandingan mewarna kanak – kanak yang melibatkan 12 pelajar tadika PKS , pertandingan Cosplay Costume Challenge dan ceramah Bicara Pengarang: Rahsia di sebalik karya bersama Penulis Sarawak Encik Frankie anak Latit. Selain itu, Perpustakaan Seri Kenyalang juga mengadakan Hari bersama pelanggan dengan membuka kaunter Lost & Found dan kaunter pertanyaan pelbagai. Program ini telah disertai seramai 203 orang yang terdiri dari pelajar PKS, staf dan pelajar tadika.












