BERITA DAN AKTIVITI

8 Nov 2025

SUSTAINABLE NATURE EXPLORATION PROGRAMME

8-9 November 2025 : Sustainable Nature Exploration Programme telah diadakan bersama 27 pelajar Politeknik Kuching Sarawak bertempat di Badul Homestay, Bau pada 8-9 November 2025. Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk memupuk rasa tanggungjawab, sikap saling membantu di dalam  pasukan, berdikari dan mencintai alam semulajadi. Selain meningkatkan motivasi di kalangan staf dan pelajar. Diantara pengisian program adalah aktiviti ikhtiar hidup, memancing, majlis apresiasi, aktiviti kecergasan, perbincangan dan persembahan kumpulan dan  pembentangan takwim aktiviti bagi Kelab Wanderers bagi sesi II 2025/2026 dan sesi I 2026/2027. Program ini turut dihadiri oleh staf bersama ketua unit Perpustakaan Encik Zaidi Bin Abdul Rahman.