BERITA DAN AKTIVITI

6 Feb 2026

TAKLIMAT LITERASI MAKLUMAT PELAJAR SESI II 2025/2026

5 Februari 2026 : Taklimat Literasi Maklumat Pelajar Sesi II 2025/2026 telah diadakan pada 5 Februari 2026 . Pada kali ini seramai 132 pelajar semester 1 telah menghadiri taklimat Literasi Maklumat Pelajar Sesi II 2025/2026 bertempat di Perpustakaan Seri Kenyalang . Taklimat ini diadakan bagi mempromosi kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan, mendedahkan pelajar dengan sumber-sumber maklumat digital serta memperkenalkan koleksi-koleksi yang terdapat di perpustakaan. Pelajar turut di tunjuk ajar cara-cara pencarian maklumat berkesan dan pantas, pencarian untuk rujukan terutamanya kertas soalan peperiksaan yang lepas serta peraturan-peraturan dan masa operasi perkhidmatan perpustakaan.