BERITA DAN AKTIVITI

18 Sep 2026

PROGRAM SINERGI & KOLABORASI KE ARAH TRANSFORMASI MINDA

18 September 2026: Perpustakaan Seri Kenyalang telah melaksanakan Program Sinergi & Kolaborasi Ke Arah Transformasi Minda. Perlaksanaan program ini adalah melalui lawatan bermaklumat ke Perpustakaan Tun Abdul Rahman Ya’kub (UNIMAS) dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (UITM SARAWAK KAMPUS 2 KOTA SAMARAHAN).Tujuan program ini adalah mengukuhkan jalinan kolaborasi diantara perpustakaan akademik, perkongsian idea ke arah transformasi tatacara pengurusan , perkembanganilmu dan teknologi terkini didalam pengurusan maklumat. Seramai 36 orang pelajar telah mengikuti program ini diiringi oleh 3 orang staf Perpustakaan Seri Kenyalang.