BERITA DAN AKTIVITI

17 Aug 2026

BENGKEL LITERASI MAKLUMAT PELAJAR SESI I 2026/2027

17 Ogos 2026 :Perpustakaan Seri Kenyalang Politeknik Kuching Sarawak telah mengadakan Bengkel Literasi Maklumat Pelajar Sesi I 2026/2027 bertempat di Aras 1 Perpustakaan Seri Kenyalang . Semasa bengkel ini pelajar didedahkan mengenai kemahiran mencari maklumat,mengenal pasti,menilai dan menggunakan maklumat secara berkesan. Setinggi- tinggi penghargaan kepada En Rayson Clinsmund Anak Jensonray dan Mohd Zafri Bin Zainol daripada Perpustakaan Negara Malaysia yang telah hadir berkongsi ilmu bersama pelajar semester 1 Politeknik Kuching Sarawak. Diantara perkongsian didalam bengkel tersebut adalah penggunaan sistem OPAC , pencarian data melalui DSPACE, IEEEXPLORER , pengenalan kepada literasi maklumat , teknik pencarian maklumat berkesan,dan etika penyebaran , penggunaan dan penilaian maklumat.