Perpustakaan Politeknik Kuching juga turut menyediakan kemudahan kepada para pengguna seperti bilik – bilik perbincangan. Lokasi bilik perbincangan di perpustakaan ini adalah di Aras 1 bangunan dan ia mempunyai 5 buah bilik perbincangan.
Peraturan dan Panduan Penggunaan Bilik Perbincangan yang Disediakan :
- Tempoh masa penggunaan bilik perbincangan adalah 1 jam. Permohonan lanjutan tempoh dibenarkan sekiranya tiada tempahan dari pengguna lain.
 - Permohonan masa penggunaan bilik selama 2 jam ke atas mestilah dilakukan sehari sebelum hari penggunaan.
 - Permohonan dari pihak Pensyarah/Staf mestilah dilakukan sehari sebelum hari penggunaan.
 - Penggunan bilik perbincangan ini adalah untuk perbincangan akademik secara berkumpulan sahaja (Minimum 3 orang dan Maksimum 6 orang.)
 - Semasa pendaftaran, sila serahkan kad Pelajar/Pensyarah/Staf kepada staf yang bertugas di Kaunter Pinjaman. Sila tuntut kembali selepas penggunaan.
 - Pengguna hendaklah bertanggungjawab diatas kebersihan dan keselamatan semasa menggunakan bilik perbincangan.
 - Pengguna tidak dibenarkan berbincang terlalu kuat sehingga mengganggu pengunjung lain.
 - Pengguna dilarang makan dan minum di dalam bilik perbincangan.
 - Sila susun kembali meja dan kerusi selepas digunakan.
 - Pastikan bilik dalam keadaan bersih dan segala barang persendirian dibawa keluar.
 - Pihak perpustakaan berhak membatalkan penggunaan bilik perbincangan jika disalahgunakan.
 
Sebarang pertanyaan, sila berurusan dengan STAF YANG BERTUGAS di KAUNTER PINJAMAN.