BERITA DAN AKTIVITI

16 Oct 2025

BENGKEL PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN REKOD

16-17 Oktober 2025: Perpustakaan Seri Kenyalang telah mengadakan Bengkel Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Rekod  pada 16-17 Oktober 2025 dan telah disertai oleh 36 orang pelajar Politeknik Kuching Sarawak. Tujuan bengkel ini diadakan untuk memberi kesedaran tentang pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan rekod, memberi pengetahuan asas tatacara pemeliharaan dan pemuliharaan rekod serta memberi pendedahan tentang teknik penyimpanan dan rawatan rekod secara sistematik. Diantara pengisian  bengkel adalah lawatan sambil belajar ke Jabatan Arkib Negara Malaysia Sarawak dan Santubong Archaeological Park & Wallace Centre serta taklimat pemeliharaan dan pemuliharaan rekod bersama Puan Phylyssca Lina anak Gumpeb pegawai unit repositori dan pendigitalan unit perpustakaan PKS. Bengkel ini telah meningkatkan kemahiran pelajar dalam pemeliharaan dan pemuliharaan rekod, pengurusan rekod yang lebih teratur dan sistematik serta mengurangkan risiko kehilangan rekod.