23
Sep
2025
BENGKEL ASAS JAWI
23 September 2025 : Bengkel Asas Jawi telah diadakan dengan penyertaan 115 orang pelajar pada 23 September 2025 bertempat di Perpustakaan Seri Kenyalang Politeknik Kuching Sarawak. Objektif bengkel ini adalah untuk menyemai rasa cinta kepada tulisan jawi, meningkatkan kemahiran membaca jawi dan menyediakan ruang untuk pelajar mengenali tulisan jawi. Puan Zainab Binti Mohamad Ahmad dan Puan Maisara Syahirah Binti Zainal Abidin dari Jabatan Pengajian Am telah dijemput sebagai fasilitator bengkel. Bengkel yang diadakan dari pukul 9.00 pagi – 1.00 petang ini telah mendedahkan pelajar kepada perkara asas berkaitan tulisan jawi.




