PROGRAM BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2026
8 Oktober 2026: Bersempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Yang disambut pada Bulan Oktober setiap tahun Perpustakaan Seri Kenyalang telah melaksanakan Program Bulan Bahasa Kebangsaan 2026 dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Pelajar Politeknik Kuching Sarawak . Di antara aktiviti Yang dilaksanakan adalah Explorace : Misteri Disebalik Bahasa Dan Bengkel Penulisan Kreatif bersama dengan Encik Zakaria Hassan.Objektif program ini adalah menyemarak semangat cinta akan bahasa kebangsaan dan menyediakan ruang kepada para pelajar mengenali keunikan bahasa kebangsaan diperingkat institusi pengajian tinggi. Pihak Perpustakaan Seri Kenyalang amat berterima kasih kepada Dewan Bahasa Dan Pustaka cawangan Negeri Sarawak di atas komitmen Dan kerjasama yang diberikan sepanjang perlaksaan program.






