Sejarah Penubuhan

Perpustakaan PKS telah ditubuhkan serentak dengan penubuhan Politeknik Kuching Sarawak pada tahun 1987. Pada peringkat awal penubuhannya, sebuah pejabat telah dibuka di bangunan rumah kedai di Simpang Tiga, Kuching. Dua tahun kemudian, PKS telah berpindah ke tapak bangunan yang baharu iaitu di KM22 Jalan Kuching – Lundu di kaki Gunung Serapi dan bersebelahan dengan Taman Negara Kubah. Kementerian Pembangunan Perindustrian Negeri Sarawak dengan Kementerian Pendidikan Malaysia telah memilih kawasan Lot 88 Matang Land District sebagai kampus tetap PKS dengan keluasan 112 ekar.

pada awal penubuhan, ruang untuk perpustakaan belum diwujudkan lagi tetapi proses pembelian buku telah dijalankan. Perpustakaan hanya mempunyai bangunan sendiri apabila berpindah ke kampus PKS yang baharu. Pada ketika itu jumlah buku hanya mencecah dua ribu (2,000) buah sahaja yang merangkumi koleksi buku berkenaan kursus – kursus yang ditawarkan di Politeknik Kuching.

Bagi pengurusan perpustakaan pula, tugas utama ketika itu adalah memproses buku seperti pengkatalogan. Kakitangan yang menguruskan Unit Perpustakaan adalah pensyarah dimana tiada pegawai tetap perpustakaan pada ketika itu sehinggalah pada tahun 1990 seorang pegawai perpustakaan telah mula berkhidmat. Pegawai perpustakaan dibantu oleh pembantu rendah am dimana mereka bertugas di Kaunter Perkhidmatan Rujukan dan Pinjaman. Ketika itu perpustakaan dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 2 hingga 4 petang. Pada hari Sabtu, bermula jam 8 pagi hingga 12 : 45 tengah hari manakala hari Ahad dan Cuti Umum adalah ditutup.

Pada 11 April 2007, penyerahan tapak bangunan baru telah diserahkan kepada pihak pengurusan Perpustakaan. Kos pembinaan bangunan ini berjumlah RM 3.5 Bilion dan Unit Perpustakaan telah mula berpindah sepenuhnya pada 6 Disember 2010.

Senarai Ketua Unit Perpustakaan bermula pada tahun 1990 hingga kini :

  • Encik Bronny Lawrence Nawee (1990 – 1994)
  • Encik Hasbullah bin Mansor (1994 – 1996)
  • Encik William Abeng (1996 – 2002)
  • Encik Kiprawi bin Sani (2002 – Sekarang)