Laman Utama KERJAYA SEBAGAI PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK
SELAMAT DATANG KE RUANG BICARA BUKU PKS
Ruang ini bertujuan memaklumkan warga PKS buku-buku menarik dalam koleksi Perpustakaan serta menyediakan platform untuk perbincangan dan perkongsian maklumat mengenai buku-buku menarik untuk bacaan. Warga PKS dijemput untuk menyumbang maklumat/ulasan buku menarik ke ruangan ini. Sumbangan anda amat dialu-alukan. Anda juga dijemput untuk berkongsi pandangan mengenai buku-buku yang dipaparkan. Sila daftar masuk dan hantar komen anda melalui ruang yang disediakan.

KERJAYA SEBAGAI PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK

Mei 09, 2013 Ilmiah Oleh Connie ak Dana

 

JUDUL

: KERJAYA SEBAGAI PEGAWAI TADBIR DAN  DIPLOMATIK

PENGARANG

:SALEHHUDDIN MD.DAHLAN

PENERBIT & TAHUN PENERBITAN

PTS MILENNIASDN.BHD

BIDANG

POLITICAL SCIENCES

ISBN

ISBN 983-3585-95-7

NO PANGGILAN

JZ1405.S25 2007

BILANGAN MUKA SURAT

240 MUKA SURAT

PENGULAS

CONNIE AK DANA

 

ULASAN:

            Buku ini secara ringkasnya membicarakan PTD mengikut aspek-aspek seperti sejarah kerjaya, bidang tugas, kelayakan yang diperlukan, keistimewan-keistimewaannya dan tokoh-tokoh kerjaya.

            Sebenarnya jasa dan sumbangan para pegawai Tadbir dan Diplomatik ini cukup banyak untuk diperkatakan. Malah ia kerap dirujuk dalam buku-buku teks sejarah. Oleh kerana buku-buku ini tidak menyebut secara spesifik jawatan pegawai awam tersebut, maka ramai yang tidak mengetahui skim perkhidmatan ini.

            Sumbang bakti mereka hanya dapat dilihat di belakang tabir pentadbiran negara dan menyerahkan para pemimpin negara memainkan peranan di barisan hadapan kerajaan.Untuk itu buku ini mampu menerangkan kepada para pembaca sekalian berkaitan peranan Pegawai Tadbir dan Diplomatik di dalam sejarah Malaysia.

            Pendek kata ia akan membimbing para pembaca daripada peringkat sebelum memohon kerjaya ini hinggalah berjaya disahkan dalam perkhidmatan. Untuk itu buku ini sesuai kepada para pembaca yang masih di bangku sekolah hinggalah ke peringkat memohon kerjaya.

 

 

 

Bilangan Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini61
mod_vvisit_counterMinggu Ini518
mod_vvisit_counterBulan Ini1851
mod_vvisit_counterKeseluruhan261156

Today: Nov 25, 2017