Laman Utama PANDUAN MENJADI IBU BAPA CEMERLANG

PANDUAN MENJADI IBU BAPA CEMERLANG

Mei 09, 2013 Ilmiah Oleh Connie ak Dana

 

 

JUDUL

: PANDUAN MENJADI IBU BAPA CEMERLANG

PENGARANG

:SAAT SULAIMAN

PENERBIT & TAHUN PENERBITAN

:PTS MILENNIASDN.BHD

BIDANG

SAINS SOSIAL

ISBN

ISBN 9833372848

NO PANGGILAN

HQ755.83.S23 2007

BILANGAN MUKA SURAT

208 MUKA SURAT

PENGULAS

CONNIE AK DANA

 

ULASAN

        Buku yang patut dibaca oleh ibu bapa yang ingin cemerlang supaya berjaya melahirkan anak yang cemerlang.Tugas sebagai ibu bapa bukanlah mudah, terutama di zaman sains dan teknologi, zaman manusia mengejar kemewahan dan kebendaan. Masa dan zaman akan berubah, namun manusia tetap sama iaitu dilahirkan dalam keadaan tiada seurat benang pun dan berakhir di liang lahad.


        Ibu bapa yang berjaya menjadi cemerlang melahirkan generasi cemerlang kerana ibu bapa adalah guru pertama kepada anak-anak. Apabila ibu bapa gagal menjadi cemerlang, mereka bukan sahaja gagal menjadi ibu bapa yang baik dan sempurna, malah melahirkan anak-anak yang tidak berilmu dan berwawasan. Pada masa ini, lahir pelbagai gegala sosial seperti persetubuhan tanpa nikah, bohsia dan bohjan, vandalisme, jenayah seawal usia persekolahan dan pelbagai lagi masalah yang timbul terutama di zaman globalisasi ini. Ibu bapa kini bukan sahaja disibukkan dengan tugas mencari rezeki, malah perlu menjadi suami dan isteri, perlu mendidik dan membesarkan anak-anak. Masa yang kian terbatas menyebabkan ramai ibu bapa gagal menjadi cemerlang.

        Manusia maju dengan ilmu, oleh demikian buku ini menambahkan lagi ilmu keibubapaan supaya kita berjaya menjadi ibu bapa cemerlang. Buku ini hanya mampu memberi jalan dan ikhtiar, kitalah yang akan mencorakkan diri kita. Semoga panduan dan idea yang akan dipaparkan nanti akan memberi jalan untuk berubah menjadi lebih cemerlang dan terus cemerlang.

 

           

 

 

 

 

 

 

 

Bilangan Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini18
mod_vvisit_counterMinggu Ini441
mod_vvisit_counterBulan Ini1116
mod_vvisit_counterKeseluruhan262625

Today: Dec 15, 2017