Laman Utama MENGAJAR MEMBACA : TEORI & APLIKASI

MENGAJAR MEMBACA : TEORI & APLIKASI

Februari 05, 2013 Rujukan Oleh Connie ak Dana

PENGARANG                                 :         YAHYA OTHMAN

PENERBIT &                                  :         PTS PROFESSIONAL ,

TAHUN PENERBITAN                           2007

BIDANG                                           :         BAHASA

ISBN                                                 :         978-983-3585-10-6 (pbk.)

NO PANGGILAN                             :         LB1050.45 .Y39 2007

BILANGAN MUKA SURAT             :         198 MS.

PENGULAS                                     :         THEN SING LEE

 

 

 

 

ULASAN

Adakah anda ingin menguasai kemahiran membaca dengan berkesan? Jika ya, buku “Mengajar Membaca: Teori & Aplikasi” dapat membantu anda. Buku ini amat sesuai sebagai bahan bacaan dan rujukan kepada tenaga pengajar serta dijadikan panduan umum kepada pelajar-pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan pelajar-pelajar peringkat institusi pengajian tinggi.

 

Kandungan buku ini  memaparkan dua aspek penting dalam penguasaan membaca iaitu aspek teori dan aplikasi. Aspek teori membantu pembaca memahami teori-teori yang mendasari proses membaca. Manakala aspek kedua pula merangkumi pelaksanaan dalam pengajaran membaca dalam kelas.

 

Buku ini menerangkan pelbagai panduan untuk memahami sesuatu bahan bacaan. Antaranya perspektif dan teori membaca, pembaca dan teksnya, model-model membaca dan sebagainya. Hurainnya juga disertakan dengan contoh yang jelas bagi memudahkan pembaca memahaminya.

 

Diharapkan buku ini dapat menjadi panduan yang amat berguna kepada semua pembaca.

 

Bilangan Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini16
mod_vvisit_counterMinggu Ini439
mod_vvisit_counterBulan Ini1114
mod_vvisit_counterKeseluruhan262623

Today: Dec 15, 2017