Laman Utama MENAKHODA ZAMAN

MENAKHODA ZAMAN

November 02, 2012 Ilmiah Oleh Connie ak Dana

 

ULASAN BUKU

JUDUL                                          :    MENAKHODA ZAMAN=Helming the times

PENGARANG                         :   MOHD. NAJIB TUN HAJI ABD. RAZAK, DATOSERI,1953-                                                                                                                                                       PENERBIT                                   :    INSTITUT TERJEMAHAN NEGARA MALAYSIA

TAHUN PENERBITAN                 :    2009

BIDANG                                        :    SEJARAH

 

 ISBN                                            :    978-983-068-479-6 (pbk.)

NO PANGGILAN                         :     DS597.2 .M635 2009

BILANGAN MUKA SURAT         : 76 MS.

PENGULAS                                : THEN SING LEE

 

 

ULASAN

Buku  “Menakhoda Zaman” diterbitkan berdasarkan ucapan yang disampaikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin tun Haji Abdul Razak, selaku Timbalan Presiden UMNO semasa perhimpunan Wanita, Pemuda dan Putri UMNO pada Tahun 2004, 2005, 2006, 2007 dan 2009. Bentuk teks penerbitannya pula disesuaikan untuk mengajak pembaca agar berkongsi kebimbangan, kepercayaan, pandangan juga wawasan demi bangsa dan negara tercinta.

Buku ini mengandungi 11 bab utama. Bab 1 dan bab 2 secara amnya membicarakan mengenai politik dan mentransformasi UMNO ekoran keputusan pilihan raya umum 2008. Bab 3 hingga bab 11 pula memberi  tumpuan kepada kedudukan, kelemahan dan masa depan orang melayu serta bagaimana orang melayu khususnya boleh bangkit untuk menjadi sebuah bangsa yang disegani dan dihormati.

Dengan itu, buku ini banyak menjurus kepada usaha mengajak bangsa Melayu menyingkir kelemahan, menyahut cabaran, menggerak perubahan dan membina masa depan dalam dunai serba mencabar ini.

 

Bilangan Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini15
mod_vvisit_counterMinggu Ini438
mod_vvisit_counterBulan Ini1113
mod_vvisit_counterKeseluruhan262622

Today: Dec 15, 2017