Laman Utama Informasi Peraturan Perpustakaan
1. Perpustakaan boleh digunakan oleh semua warga PKS sahaja.
2. Pengguna perpustakaan tidak dibenarkan menggunakan kad pelajar/staf pengguna lain.
3. Pengguna diwajibkan memakai kad pelajar/kad staf/surat kebenaran semasa masuk dan berada dalam perpustakaan.
4. Pengguna mesti mematuhi kod etika berpakaian yang telah ditetapkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKS.
5. Pengguna hanya dibenarkan membawa buku, nota, alat tulis, computer riba dan bahan bacaan ke dalam perpustakaan. Barang-barang lain disimpan di loker yang disediakan.
6. Barang kepunyaan pengguna yang tertinggal semasa perpustakaan ditutup boleh disemak di kaunter pinjaman.
7. Pengguna mesti patuh kepada arahan SENYAP di perpustakaan.
8. Pengguna dikehendaki meletakkan buku yang telah digunakan di troli.
9. Penggunaan telefon bimbit dalam mode silent adalah dibenarkan di dalam perpustakaan tetapi percakapan melalui telefon adalah tidak dibenarkan.
10. Pelajar yang menangguh pengajian, menarik diri, berhenti, atau tamat belajar dikehendaki memulangkan semua bahan yang dipinjam.
11. Semua kakitangan yang bercuti/berkursus panjang, berpindah,dan sambung belajar mestilah memulangkan semua bahan yang dipinjam sebelum pergi.
12. Pihak perpustakaan berhak memeriksa buku, fail atau bahan-bahan lain yang ingin dibawa keluar oleh pengguna dari bangunan perpustakaan.
13. Pengguna hendaklah mematuhi peraturan penggunaan computer di perpustakaan.
14. Pengguna dilarang menempah tempah duduk. Pengguna lain berhak menggunakan mana-mana tempat duduk yang ditinggalkan kosong.
15. Pengguna yang membuat salinan foto adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan AKTA HAKCIPTA.
16. Pihak perpustakaan tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan/kerosakan barang-barang persendirian semasa berada di dalam perpustakaan.
17. Larangan semasa berada di perpustakaan:
• Membawa keluar apa-apa bahan perpustakaan tanpa pinjaman yang sah.
• Membawa keluar buku/bahan yang telah melewati tarikh pemulangannya.
• Membuat bising/menggangu pengguna lain
• Makan/minum/merokok
• Mengalih/menyalahgunakan/merosakkan perabot, rak buku dan kaunter pinjaman
• Membuang sampah di merata-rata tempat
• Menconteng/mengoyak/merosakkan bahan dan peralatan perpustakaan
• Bertengkar/bergaduh
• Menggunakan kocek pinjaman orang lain
• Mencuri harta benda perpustakaan
• Tidur
• Berkelakuan tidak senonoh
• Memakai selipar
18. Pelajar semester akhir yang tidak menjelaskan denda/memulangkan bahan yang dipinjam apabila tamat pengajian, akan ditahan sijil atau diploma Politeknik.
19. Pengguna yang tidak mematuhi mana-mana peraturan perpustakaan akan dikenakan satu atau lebih tindakan tatatertib di bawah:
• Amaran
• Penggantungan daripada mana-mana atau semua kemudahan Perpustakaan PKS selama satu tempoh yang ditetapkan.
• Arahan sekatan paparan keputusan peperiksaan di laman web POLIKU selama tempoh yang ditetapkan.
• Penyingkiran dari Politeknik
20. Semua pengguna tertakluk kepada peraturan dan staf diberi kuasa untuk melaksanakan peraturan perpustakaan.
21. Peraturan-peraturan perpustakaan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.
 
Bilangan Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini39
mod_vvisit_counterMinggu Ini496
mod_vvisit_counterBulan Ini1829
mod_vvisit_counterKeseluruhan261134

Today: Nov 25, 2017